KONTRAK PEMBIAYAAN

TERMA DAN SYARAT PELABURAN

  1. Perjanjian Pembiayaan
  • Perjanjian Pembiayaan ini (“Kontrak”) hendaklah mengandungi terma dan syarat yang akan digunapakai untuk hubungan antara Pelabur dan Penerbit/Peminjam (“Pihak Berkenaan”) dalam penglibatan di platform microLEAP (“Perkhidmatan”). Pihak Berkenaan mengaku, memahami dan bersetuju bahawa kedua-dua pihak telah membaca semua terma Kontrak ini dan sebarang perjanjian lain yang akan dibaca dengan Kontrak ini dan akan terikat dengan terma yang sama.
  • Kontrak Pembiayaan dimeterai secara automatik oleh mana-mana pihak apabila permintaan pembiayaan telah memenuhi amaun pembiayaan minimum dan telah diterima dan tidak boleh ditarik balik oleh Pihak Berkenaan.
  • Kontrak ini hendaklah dibaca Bersama-sama dengan Lembaran Terma yang merangkumi rujukan kepada nota pelaburan, penarafan risiko kredit, pecahan, jumlah dana yang dikumpulkan, kadar faedah, risiko kredit dan jadual pembayaran balik.
  • Pihak Berkenaan menjamin bahawa mereka mempunyai kapisiti dari segi undang-undang untuk bertindak sebagai individu, bahawa mereka telah dilantik secara sah sebagai wakil suatu perkongsian, syarikat atau entiti perniagaan, dan bahawa mereka dianggap menjamin bahawa mereka diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak sendiri atau sebagai wakil. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran terhadap keperluan ini.
  1. Perjanjian Penerbit/Peminjam (“Issuer”) dan Pelabur
  • Pihak Berkenaan hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan dan dengan serta-merta mendapatkan semua persetujuan atau kebenaran di bawah mana-mana undang-undang atau peraturan untuk membolehkan Issuer melaksanakan kewajipannya di bawah Perjanjian Penerbit, Perjanjian Pelabur dan Perjanjian Pembiayaan. Pihak Berkenaan juga perlu memastikan kesahihan, kesahan, Penguatkuasaan dan Penerimaan sebagai bukti pembiayaan dalam mana-mana bidang kuasa yang berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada bidang kuasa Malaysia. Pihak Berkenaan juga menjamin bahawa mereka tidak dan tidak akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang mungkin merupakan Penggubahan wang Haram serta kesalahan-kesalahan pembiayaan keganasan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. 
  • Pihak Berkenaan memahami risiko dalam mekanisme Platform (seperti yang ditakrifkan dalam Perjanjian Penerbit) dan risiko dalam langganan Nota Pelaburan. Pihak Berkenaan juga bersetuju bahawa mereka juga berkemungkinan kehilangan sebahagian atau semua amaun yang diberikan oleh Pelabur dalam melanggan mana-mana Nota Pelaburan pada Platform dan juga terdapat faktor-faktor risiko lain yang boleh dijangka atau tidak dapat dijangka yang mungkin menyebabkan kerugian yang akan dialami oleh Pelabur yang mana mereka bertanggungjawab untuk semua risiko dan kerugian akibat melanggan mana-mana Nota Pelaburan pada Platform.
  1. Pembayaran balik dan Faedah
  • Bayaran balik bulanan atau lain-lain pembayaran berjadual kepada setiap Pelabur berkenaan dengan jumlah yang dibiayai oleh Penerbit akan ditetapkan dalam jadual pembayaran balik yang akan dibaca Bersama-sama dengan Kontrak.
  • Penerbit tanpa syarat bersetuju untuk membayar balik jumlah bayaran balik 1 bulan dari tarikh pengeluaran dan akan diikuti bulan-bulan berikutnya dari masa itu dan pembayaran balik akan dikreditkan ke dalam baki sedia ada Pelabur dalam masa terdekat.
  1. Kemungkiran
  • Sekiranya Penerbit gagal mematuhi sebarang terma dan syarat (termasuk Perjanjian Penerbit dan Kontrak ini), pembiayaan akan dikira sebagai mungkir dan baki tertunggak akan dikira sebagai lewat dan perlu dibayar Penerbit dengan segera. Penerbit akan menerima notis kemungkiran dan / atau notis pemberhentian dan akan diperintahkan untuk membayar jumlah dibiayai yang masih tertunggak.
  1. Liabiliti dan Indemniti
  • Pihak Berkenaan perlu menanggung semua kos, yuran dan / atau perbelanjaan yang dibelanjakan atau ditanggung, yang diperlukan berkaitan dengan apa-apa penyiasatan, rundingan, konflik, pengantaraan, mahkamah atau prosiding timbang tara yang timbul daripada atau berkaitan dengan kemungkiran pembayaran atau pertikaian lain. Pihak Berkenaan juga bersetuju untuk proses pengantaraan atas mana-mana tindakan yang timbul daripada kandungan Kontrak ini sebelum mengambil tindakan undang-undang di mahkamah untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik.
  1. Umum
  • Tiada apa-apa jua dalam Kontrak ini bertujuan untuk melantik suatu Pihak sebagai ejen bagi individu lain dan kecuali sebagaimana dinyatakan sebaliknya secara nyata di bawah Kontrak ini dan / atau dengan persetujuan tertulis terlebih dahulu dari Pihak lain, tidak ada Pihak yang mempunyai kuasa atau sewenang-wenangnya bertindak bagi Individu atau bagi pihak yang lain untuk menerima apa-apa liabiliti atau obligasi yang mengikat Pihak yang satu lagi. Tiada yang berhak untuk menetapkan atau memindahkan mana-mana hak, akujanji, perjanjian, tugas, liabiliti dan / atau obligasi tersebut di bawah ini.
  • Tiada remedi diberikan dalam mana-mana peruntukan Kontrak ini bertujuan untuk menjadi tidak eksklusif terhadap apa-apa remedi lain yang sebaliknya boleh didapati pada undang-undang, ekuiti, statut atau sebaliknya.
  • Kontrak ini dan apa-apa terma dan syarat lain yang dirujuk dalam Kontrak ini secara kolektif merupakan keseluruhan perjanjian yang dipersetujui oleh Pihak Berkenaan mengenai perkara yang sama. Setiap Pihak dengan ini mengakui bahawa dengan memetrai Kontrak ini, ia tidak bergantung kepada apa-apa perwakilan atau jaminan kecuali dinyatakan secara nyata di sini atau dalam mana-mana dokumen dirujuk di sini.
  • Semua disklaimer, indemniti dan pengecualian dalam Kontrak ini akan berkekalan walaupun Kontrak ini ditamatkan tanpa apa-apa sebab. Walaupun peruntukan Kontrak ini atau sebahagian daripadanya dibuktikan menjadi tidak sahih atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan yang selebihnya di dalam Kontrak ini akan terus berkuat kuasa dan sah dan berkesan sepenuhnya.
  • Kontrak ini akan ditadbir urus oleh undang-undang Malaysia dan Pihak Berkenaan dengan ini berserah kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah-Mahkamah Malaysia berkenaan sebarang pertikaian atau perkara yang timbul daripada atau berkaitan dengan kontrak pembiayaan ini dan / atau dokumen-dokumen yang dirujuk di sini.
[: